Tuesday 14 August 2018

Qawaid Fiqhiyyah (المشقة تجلب التيسير)

المشقة تجلب التيسير 
(Kesukaran membawa kemudahan) 

➩ Apabila terdapat sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam melaksanakan perintah Allah, maka perintah itu ringankan tidak seperti asalnya.

Dalil Kaedah:

➣ Al-Quran
وما جعل عليكم في الدين من حرج
Maksudnya: Dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama. (Surah Al Hajj: 78)

يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر
Maksudnya: Dengan ketetapan yang demikian itu, Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. (Surah Al-Baqarah:185)

Kepentingan:
  1. اليقين لا يزول بالشاق
  2. المشقة تجلب التيسير 
  3. الضرر يزال
  4. العادة محكمة
Sebab Takhfif (Keringanan):
  1. Musafir (السفر) - Qasar dan menjama'kan solat
  2. Sakit (المرض) - Orang sakit dibolehkan bertayamum.
  3. Paksaan (الإكراه) - Mengancam nyawa dan harta benda.
  4. Lupa (النسيان) - Makan secara terlupa ketika berpuasa.
  5. Jahil (الجهل) - Becakap ketika solat kerana bodoh
  6. Kesukaran (العسر) - Lumpur yang terpercik pada kain.
  7. Kekurangan (النقص) - Orang gila tidak dikenakan beban taklif.
Bahagian-bahagian:


إذا ضاق الأمر اتسع
Apabila sesuatu itu sempit, hukumnya menjadi luas.

اذا اتسع الأمر ضاق
Seandainya sesuatu itu longgar atau mudah. hukum pelaksanaannya menjadi sempit.

No comments:

Post a Comment

Qawaid Fiqhiyyah (العادة محكمة)

العادة محكمة (Adat dijadikan hakim) Pengertian Kaedah: ➠ Apa yang dimaksudkan dengan kehujahan dan menerima al-'Adah sebagai su...