Tuesday 14 August 2018

Qawaid Fiqhiyyah (اليقين لا يزول بالشاك)

MAKSUD KAEDAH

➯ Al-Yakin (اليقين)

  • Sesuatu yang pasti berdasarkan penglihatan atau kajian atau dali atau bukti.
➯ Syak (الشاك)

  • Sesuatu keadaan di mana ia tidak pasti yang berada di kemungkinan ada sesuatu atau tidak ada serta tidak dapat dipastikan.
➯ Kaedah Ijmali
  • Perkara yang diyakini berlakunya battal sama kecuali dengan dalil yang pasti (dalil qat'i) dan ianya tidak dihukumkan dengan hilangnya keyakinan tadi. Begitu juga perkara yang diyakini tidak berlaku (tidak sabit berlaku) maka tidak dihukumkan ianya berlaku hanya dengan syak wasangka kerana syak lebih lemah daripada yakin.
DALIL-DALIL KAEDAH

➯ Al-Quran

وَمَا لَهُمْ بِهِ مِنْ عِلْمٍ ۖ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ ۖ وَإِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا
Maksudnya: Dan mereka tidak mempunyai sesuatu pengetahuanpun tentang itu. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan sedang sesungguhnya persangkaan itu tiada berfaedah sedikitpun terhadap kebenaran.( Surah An-Najm:28)
➯ As-Sunnah

إذا شك أحدكم في صلاته فلم يدر كم صلى ثلاثا أم أربعاً فاليطرح الشك واليبن على ما استيقن

Maksudnya: Jika seseorang kamu ragu-ragu ketika solatnya, dia tidak ingat berapa rakaat telah dilakukannya: Tiga atau empat? Maka ketepikanlah keraguan tersebut dengan keyakinan.

Contoh:

➠ Orang yang berada dalam keaadaan suci kemudian dia syak dia berhadas. Apakah hukumnya?
  1. Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah berpendapat suci kerana dia yakin dia tak berhadas.
  2. Imam Malik berpendapat wajib wuduk dikira berhadas berdasarkan kaedah syak didalam syarat wudhu menjadi penghalang daripada solat.
                        Kaedah Imam Malik
الشك في الشرط مانع من ترتيب المشروط

➠ Sekiranya seseorang berhutang dengan orang lain kemudian dia syak. Adakah dia sudah menjelaskan hutang?
  • Hukum hutang tersebut kekal kerana dia yakin dia berhutang dengan orang tersebut.

No comments:

Post a Comment

Qawaid Fiqhiyyah (العادة محكمة)

العادة محكمة (Adat dijadikan hakim) Pengertian Kaedah: ➠ Apa yang dimaksudkan dengan kehujahan dan menerima al-'Adah sebagai su...