Friday 10 August 2018

Qawaid Fiqhiyyah (الأمور بمقاصدها)

MAKNA


- Maksud Al-Umur Bimaqasidiha secara umum ialah segala sesuatu yang bergantung kepada niatnya.



1) Al-Umur 

- Al-Umur berasal dari perkataan Al-Amru (Jamak) yang bermaksud perkara yang dilakukan oleh seseorang insan samada melakukan atau meninggalkan. Ia termasuklah juga perlakuan, niat atau kata-kata.




2) Al-Maqasid

- Al-Maqasid pula berasal dari perkataan Al-Qasdu (Jamak) yang memberi makna niat.


DALIL-DALIL


Berikut adalah dalil-dalil yang berkaitan dengan Al-Umur Bimaqasidiha :


Al-Quran : وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً ۚ وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ


Hadis : إنما الأعمال بالنيات



RUKUN KAEDAH


- Al-Umur : Lafaz umur yang keluar dari manusia mengandungi tindakan.

- Bimaqasidiha : Salah dan betulnya sesuatu perkara itu bergantung pada niat.



SYARAT-SYARAT


1) Kaedah (القاصد مكلف) :



- Islam

- Keahlian (Berakal, Mumayiz, Baligh)


2) Al-Maksud (عملا) :


- Perbuatan diketahui bagi orang yang berniat , jika seseorang itu jahil maka niat ibadatnya dianggap tidak sah.

- Perbuatan yang mampu dilakukan oleh mukallaf dari sudut akal , syarak dan adat.

- Hendaklah perbuatan tertentu.

- Hendaklah diusahakan oleh diri sendiri.


3) Al-Qasdu (النيات) :


Tidak berlawanan dengan syariat Allah.

- Serentak dengan perkara yang diniat.

- Tidak membuat perkara yang berlawanan dengan niat.

- Yakin dengan niat dan tidak was-was.

- Ikhlas kerana Allah.


TEMPAT NIAT



  • Tempat niat bukan sekadar lafaz sahaja tetapi perlulah dalam hati.
  • Lafaz niat dilakukan Nabi Muhammad S.A.W hanya dalam ibadah haji sahaja.
  • Dalam Mazhab Syafiie pula, sunat untuk lafaz niat supaya dapat membantu ketetapan hati.
  • Harus, tetapi tak mengapa jika tidak tahu.

WAKTU NIAT


  • Waktu niat adalah diawal ibadat.
  • Boleh diawalkan seperti zakat.
  • Wajib didahulukan niat seperti puasa.








No comments:

Post a Comment

Qawaid Fiqhiyyah (العادة محكمة)

العادة محكمة (Adat dijadikan hakim) Pengertian Kaedah: ➠ Apa yang dimaksudkan dengan kehujahan dan menerima al-'Adah sebagai su...