Tuesday 14 August 2018

Qawaid Fiqhiyyah (الضر يزال)

الضرر يزال
(Bahaya mesti dihapuskan)

Pengertian Kaedah:

➣ Berasal daripada kaedah (لا الحاق ضرر باحد وقعل ضرار مع احد) yang bermaksud tidak boleh sesuatu yang membawa kerosakan kepada orang lain serta tidak boleh membuat apa yang membawa kerosakan kepada orang lain, begitu juga orang lain terhadap orang lain.

➣ Maksud ضرر ialah sesuatu yang membawa kemudaratan kepada manusia.

➣Tidak boleh sama sekali membuat kerosakan dan kemudaratan terhadap diri sendiri dan orang lain.

Contoh:

  • Perkara berkaitan muamalat iaitu disyariatkan khiyar terhadap barang dibeli ada cacat atau aib.
  • Perkara berkaitan jenayah contohnya pelaksanaan hukum hudud.
  • Seseorang wajib menjaga diri dan berubat daripada penyakit.
Dalil Kaedah:

➧ Al-Quran

ولا تفسدوا فى الأرض بعد إصلحها
Maksudnya: Dan janganlah kamu membuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membuat kebaikan padanya. (Surah Al-A'raf:56)

➧ As-Sunnah

لا ضرر ولا ضرار
Maksudnya: Tidak mudarat (bahaya) dan tidak memudaratkan (Hadis riwayat Ibn Abbas r.a)

No comments:

Post a Comment

Qawaid Fiqhiyyah (العادة محكمة)

العادة محكمة (Adat dijadikan hakim) Pengertian Kaedah: ➠ Apa yang dimaksudkan dengan kehujahan dan menerima al-'Adah sebagai su...