Tuesday 14 August 2018

Qawaid Fiqhiyyah (الأصل برأة الذمة)

MAKNA
➢الأصل
Membawa maksud kaedah sabitah atau kaedah yang berterusan.

➢الذمة
Bermaksud jiwa atau zat (ذات/النفس).

➢معنى القاعدة إجمالية
Kaedah berterusan bahawa manusia itu suci di zimahnya iaitu tiada tanggungjawab daripada sesuatu kewajipan. Keadaannya yang perlu bertanggungjawab adalah berlawanan dengan kaedah asal.

DALIL KAEDAH

➢Sunnah

البينة على المدعي واليمين على من انكرا

Maksud: Perlu kemuka bukti oleh orang yang mendakwa dan orang yang dituduh perlu bersumpah bagi menafikan tuduhan ke atasnya.

Contoh

➢ Orang yang meminjam sesuatu mendakwa sudah memulangkan barang yang dipulang maka dakwaannya diterima dengan kaedah ini.

Dalihan : Tetapi tidak diterima dakwaannya golongan yang kedua kecuali didatangkan dua saksi atau bersumpah dengan seorang saksi.



الأصل بقاء ماكان على ماكان

➢ Asal kekal sesuatu itu mengikut apa yang ada sebelumnya.


استصحاب

  • Mengikuti hukum yang telah ditetapkan masa lalu sehingga terdapat hukum lain yang mengubahnya digunakan ulama usul
استصحاب الأصل
  • Hukum yang terkuat itu adalah dikira tetap
  • Kekal sesuatu yang berlaku pada masa lalu mengikut tetap atau sabit pada masa lalu.
Contoh:

➣ Seorang suami keluar rumah dan meninggalkan isterinya untuk masa yang lama dan tidak tahu kemana hilangnya suami.

Hukum:

Si isteri tidak boleh berkahwin lagi selagi suami tidak melafazkan cerai terhadapnya.

➣ Seseorang makan tengahari ketika berpuasa serta syak samada matahari telah terbenam atau belum.

Hukum:

Batal puasa seseorang itu kerana asalnya matahari belum terbenam. Contohnya seperti di luar negara (Ireland dsb).


الأصل العدم
➣ Kaedah ini hampir sama dengan (الأصل في الصفات العارضة العدم) maksudnya asal sesuatu sifat yang mendatang itu tiada.
➣ Sesetengah ulama pula menyatakan maksud menurut asalnya semua perkara mendatang itu tiada.
➣ Apabila suatu perkara itu terdapat keraguan disebabkan datang sifat baru yang tidak ada sebelumnya, maka hukumnya ditetapkan seperti mana asalnya.

Contoh:

 Seseorang mewakafkan harta kepada anaknya atau walad. 

     Maka ia membawa maksud anak sahaja tidak termasuk cucu atau walad al-walad.

➣ Terdapat selisih fahaman antara penjual & pembeli, satu pihak mengatakan jual beli telah diikat kepada syarat tertentu, tetapi satu pihak menafikan

      Maka pihak yang mengatakan akad tidak dikira oleh kerana tiada asalnya.

No comments:

Post a Comment

Qawaid Fiqhiyyah (العادة محكمة)

العادة محكمة (Adat dijadikan hakim) Pengertian Kaedah: ➠ Apa yang dimaksudkan dengan kehujahan dan menerima al-'Adah sebagai su...